KRT DPB

Kawasan Rukun Tetangga Desa Pinggiran Bayu Mantin NS


16.2.10

Logo KRT... Apakah pengertiannya?

Posted by Biro IT KRT

Logo KRT
Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.

Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.

Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu:

Biru - Bermuafakat dan bersatu padu

Merah - Keberanian dan keluhuran

Kuning - Kejayaan dan keharmonian

Putih - Kesucian dan bertangungjawab


5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.

2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.

Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.
Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.

12.2.10

'Angpau' Tol Tahun Baru Cina

Posted by Biro IT KRT

Pengguna lebuh raya di negara ini akan diberi pengecualian bayaran tol dan diskaun kadar tol (5% hingga 20%) di 17 lebuh raya sempena sambutan Tahun Baru Cina ini.

Berikut merupakan senarai syarikat konsesi tol dan kadar diskaun yang diberikan:




Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (Fasa 1)
- tiada bayaran tol pada 11 Februari dan 15 Februari pukul 11.30 malam hingga 4.30 pagi.

PLUS Expressways pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) - menawarkan diskaun 20 peratus, 12 tengah malam hingga 7 pagi dari 10 hingga 19 Februari.

Lebuh Raya Kajang- Seremban (LEKAS) - tol percuma untuk bas dari 8 – 21 Feb

Lebuh Raya Damansara – Puchong (LDP) - diskaun 60 sen dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb

Sistem Penyuraian Traffik KL Barat (SPRINT) – diskaun 10 peratus dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb

Lebuhraya Baru Pantai (NPE) – diskaun 10 peratus dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb

Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) - diskaun 10 peratus dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb

Lebuhraya SMART – diskaun 20 sen dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb

Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (Akleh) – diskaun 10 peratus dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb

Lebuhraya Shah Alam – Klang (Guthrie) – diskaun 10 peratus dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb

Lebuhraya KL - Putrajaya – diskaun 10 peratus dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb

Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE) – diskaun 10 peratus dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 Feb

Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga) – diskaun 10 peratus dari 6 pagi 14 Feb – 6 pagi 15 Feb

Lebuhraya Shah Alam – diskaun 10 peratus dari 6 pagi 14 Feb – 6 pagi 15 Feb

Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) - diskaun 5 peratus dari 12.01 tgh malam – 12.00 tghari 14 Feb

Kepada semua warga Desa Pinggiran Bayu, diucapkan selamat Tahun Baru Cina dan selamat bercuti. Yang ingin balik ke kampung atau ke destinasi yang diingini, terapkanlah budaya pemanduan secara berhemah dan petua-petua keselamatan jalan raya dalam diri masing-masing.

‘SATU MALAYSIA SELAMAT, WAWASAN KITA BERSAMA’

‘ANDA MAMPU MENGUBAHNYA’

11.2.10

Mesyuarat AJK Penaja kali pertama

Posted by Biro IT KRT

Pada 1 Februari 2010, bertempat di bangunan sekolah Tabika Kemas Desa Pinggiran Bayu telah diadakan mesyuarat AJK Penaja kali yang pertama. Mesyuarat bermula pada pukul 9.00 malam dan AJK yang hadir adalah seramai 14 orang.

Beberapa aktiviti kemasyarakatan telah dikenalpasti bagi tahun 2010 ini, dan sebanyak 7 biro telah ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Sehubungan dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk menyenaraikan aktiviti seperti berikut:

  1. Mengadakan website dan email KRT (serta merta)
  2. Pas kuasa untuk AJK (Feb 2010)
  3. Mendirikan pondok pusat kawalan & rondaan (21 & 22 Feb 2010)
  4. Sambutan Hari Keluarga & Sukaneka (1 Mei 2010)
  5. Aktiviti gotong royong (Jun 2010)
  6. Sambutan hari perayaan (Hari Raya, Hari Kemerdekaan, Hari M'sia) (Sept 2010)
  7. Aktiviti anak-anak semasa cuti sekolah (20 Dis 2010)
  8. Program untuk kaum wanita (ditangguh)
Jadi sama-samalah kita membantu dan bekerjasama serta doakan agar aktiviti ini berjaya dilaksanakan... Insyallah

11.2.10

Senarai Ahli Jawatankuasa KRT DPB

Posted by Biro IT KRT

Pengerusi
En. Ramlan Bin Ishak

Naib Pengerusi
En. Hamzah Bin Saaban

Setiausaha
En. Hassan Bin Yatim

Naib Setiausaha
En. Avadaiyar Nadaraja

Bendahari
En. Mohd Iskandar Bin Ibrahim

AJK

Pengerusi Biro Agama & Pendidikan
En. Muhammad Juhari Mohd Zameri
En. Faizul Masyadi Abdul Malik

Pengerusi Biro Keselamatan
En. Ahmad Hamidi Mohamed

Pengerusi Biro Sukan, Rekreasi & Belia
En. Norisham Sahat
En. Gopinathan a/l L. Kannan

Pengerusi Biro Kebajikan, Sosial & Kebudayaan
En. Norazam Abu Hassan
En. Deeban Sarman a/l Balakrishnan

Pengerusi Biro Wanita & Kesihatan
Belum dilantik

Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT)
En. Mohd Rashdan Bin Baharudin

Pengerusi Biro Ekonomi
En. Mohd Zulkifli Bin Abdul Aziz

En. Mazli Abu Bakar
En. Sasitharan a/l Paneer Selvam
En. Abdul Rahman Bin Hj.Musa
En. Mohd Azabi Nawawi Zamri
En. Norazam Bin Mohd Daud
Pn. Tunziah Binti Ab Samad
Pn. Halimaton Binti Hamid

2.2.10

Laman ini sedang dibina

Posted by Biro IT KRT


Terima Kasih kerana mengunjungi laman blog KRT DPB. Laman blog ini sedang dibangunkan dan informasi berkaitan segala kegiatan KRT DPB akan dipaparkan di blog ini. Sila kunjungi laman ini dalam masa terdekat sekali lagi. Sekian terima kasih.

hit counter